George muncul beri kejutan

JOHANNESBURG, 13 Sept – Presiden Liberia dan bekas pemain bola sepak dunia, George Weah mengejutkan arena bola sepak antarabangsa apabila dia kembali pada usia 51 tahun dalam perlawanan persahabatan dengan keputusan 2-1 berpihak kepada pasukan Nigeria.

Perlawanan antarabangsa di Monrovia dianjurkan bertujuan bagi ‘merehatkan’ jersi nombor 14 yang dipakai oleh Weah, yang dipilih sebagai pemain bola sepak dunia, Eropah dan Afrika tahun 1995.

Weah, yang memperoleh kemenangan dalam pilihan raya presiden pada Disember lalu, adalah satu-satunya pemain bola sepak Afrika yang memenangi anugerah dunia dan Eropah.

Terdahulu, dia yang menonton perlawanan menentang Nigeria dari tempat duduk penonton turut memberi reaksi kepada para pemain semasa perlawanan tersebut.

Weah diraikan dengan meriah sebelum meninggalkan padang di ibu kota negara barat Afrika, di mana bola sepak adalah sukan yang paling popular.

George (tengah) bersama pemain lainnya sebelum permulaan perlawanan persahabatan antara Liberia dan Nigeria di Monrovia, kelmarin. – AFP

Rakan sepasukan Weah memakai baju dengan perkataan yang bermaksud ‘Terima kasih raja George’ sebagai penghormatan kepada legenda yang bersara dari bola sepak antarabangsa 16 tahun yang lalu.

Libera menduduki tempat ke-47 daripada 54 negara bola sepak Afrika dan 158 di dunia sejak perlawanan akhir dua kejohanan Piala Negara-Negara Afrika pada 16 tahun lalu. Weah bermain di Liberia, Ivory Coast dan Cameroon sebelum beralih ke Eropah, di mana kelabnya termasuk Paris Saint-Germain, Monaco, Marseille dan AC Milan.

Dia juga pernah dikaitkan dengan Chelsea dan Manchester City sebelum menamatkan kerjayanya di Emiriah Arab Bersatu untuk bermain bagi Al Jazira.

Dalam perlawanan persahabatan, Nigeria menjaringkan dua gol menerusi Henry Onyekuru dan Simeon Nwankwo dan Sherman Kpah menjaringkan gol melalui sepakan penalti untuk Liberia. – AFP