Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Gerai perayaan Tudung Saji meriah

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 17 JULAI – Bersempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76, penduduk dari Daerah Belait datang berduyun-duyun mengunjungi kawasan Tudung Saji pada hari pertama gerai perayaan yang dibuka, baru-baru ini.

    Bercakap kepada Pegawai Pelesenan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Mohammad Azman bin Mohamed Ali menjelaskan bahawa terdapat 52 gerai yang didirikan pada tahun ini dan gerai berkenaan dibahagikan kepada lima kategori berlainan, iaitu makanan dan minuman serta permainan dan aktiviti menyeronokkan.

    “Gerai berkenaan termasuk gerai makan, gerai menjual makanan yang disediakan menggunakan gas, gerai menjual makanan yang disediakan menggunakan elektrik, gerai jaja menyalai dan gerai jaja runcit,” tambahnya.

    Selain itu, persembahan daripada pelbagai kumpulan dan persatuan juga diadakan setiap malam sepanjang perayaan sehingga 31 Julai. Ia termasuk persembahan lagu dan tarian serta forum keagamaan dan ceramah.

    Dianjurkan oleh Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria bersama RYS Sdn Bhd, gerai perayaan ialah acara tahunan bertujuan memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan. Gerai tersebut dibuka dari 5 petang hingga 10 malam sementara persembahan bermula pada kira-kira 8:30 malam.

    Suasana gerai perayaan yang menjual pelbagai jenis juadah di kawasan Tudung Saji.
    Salah seorang kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti permainan yang diadakan di gerai perayaan berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...