Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Gerai Ramadan bermula 3 April

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) memaklumkan bahawa gerai Ramadan di bawah kawalan jabatan-jabatan bandaran dan Jabatan Daerah Temburong akan diadakan bermula 1 Ramadan 1443H bersamaan 3 April di lokasi-lokasi dan masa yang telah ditetapkan di setiap daerah.

    Menurut kenyataan KHEDN, antara lokasi yang telah ditetapkan ialah kawasan lapang letak kereta Jalan Bendahara, Bandar Seri Begawan dan kawasan tamu Gadong berpayung bersebelahan Pasar Gadong, bagi Daerah Brunei dan Muara.

    Di Daerah Belait pula di kawasan lapang Bangunan Gerai Tudong Saji, Jalan Setia Diraja Kuala Belait dan kawasan perkarangan Pasarneka Seria, Jalan Lorong 3 Selatan Seria.

    Di Daerah Tutong pula di kawasan lapang berhadapan dengan Hospital Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Pekan Tutong, yang mana kesemua kawasan tersebut akan dibuka bermula jam 2 petang hingga 7 malam.

    Manakala itu, gerai Ramadan di kawasan pejalan kaki Pekan Bangar, Daerah Temburong bermula jam 1:30 petang hingga 6 petang.

    Berpandukan kepada nasihat-nasihat Kementerian Kesihatan di Fasa Awal Endemik ini, maka pengunjung gerai Ramadan dikehendaki untuk mengikut syarat- syarat dan peraturan yang ditetapkan.

    Antara yang digariskan hanya individu mempunyai kod BruHealth hijau atau kuning dibenarkan masuk, pengunjung yang sudah divaksinasi dan belum divaksinasi dibenarkan masuk, sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal manakala itu, mereka yang tidak sihat dinasihatkan untuk tidak mengunjungi gerai Ramadan.

    Untuk maklumat lanjut mengenai petak atau gerai Ramadan bolehlah menghubungi Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan di talian 8778770, JB Kuala Belait dan Seria (8872233), JB Tutong (8282965) dan JB Temburong di talian 7371265.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...