Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Geran khas RM100,000 untuk Persatuan Pesara Kerajaan Sabah

    KOTA KINABALU, 18 OKT – Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan geran khas tahunan RM100,000 kepada Persatuan Pesara Kerajaan Sabah bagi memudahkan pelaksanaan program dan aktiviti persatuan itu.

    Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata geran itu antara empat inisiatif baharu untuk pesara bukti keprihatinan kerajaan, termasuk tambahan Bantuan Khas Kewangan kepada pesara sebanyak RM150 dicarumkan dalam akaun i-Saraan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    “Kerajaan negeri juga akan meluluskan peningkatan jumlah maksimum Gantian Cuti Rehat (GCR) daripada 160 hari kepada 180 hari mulai tahun hadapan, dan menyediakan pejabat untuk pesara di beberapa daerah yang akan dikenal pasti,” katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian dalam kenyataan pada Majlis Jasamu Dikenang Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2022 di sini, meraikan 1,167 orang yang bersara sepanjang 2019 hingga 2021.

    Hajiji berkata gelaran sebagai pesara kerajaan membuka episod dan lembaran baharu kepada pesara untuk menyumbang bakti dalam apa juga cara yang boleh mereka berikan kepada masyarakat dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan ketika bertugas dalam perkhidmatan awam.

    “Kerajaan negeri akan merancang lebih banyak inisiatif meningkatkan penglibatan pesara kerajaan yang berkemahiran dan berkepakaran dalam penetapan, pemantauan dan penilaian keberkesanan inisiatif-inisiatif kerajaan negeri,” katanya. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Noor (dua, kanan) ketika menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Ke Arah Tenaga Hijau antara Yayasan Sabah yang diwakili oleh Pengerusi Innoprise Synergy Sdn Bhd Tan Sri Pandikar Amin Mulia (dua, kiri) dengan GCapital yang diwakili oleh Pengarah CM Creative Itinerary Sdn Bhd Zulkepli Mishat (kanan) di Menara Kinabalu kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...