Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Gerard Pique gantung kasut

    BARCELONA, 4 NOV – Pemain Barcelona, Gerard Pique mengumumkan persaraan kelmarin selepas karier yang penuh gilang-gemilang sambil berkata “masanya sudah tiba untuk menamatkan perjalanan ini.”

    “Pertembungan Sabtu ini (menentang Almeria) akan menjadi yang terakhir buat saya di Camp Nou,” kata pemain berusia 35 tahun itu di Twitter.

    Pertahanan veteran itu sudah mengumpul empat gelaran Liga Juara-Juara dan Piala Dunia 2010 serta Euro 2012 bersama Sepanyol.

    “Saya mahu beritahu awda bahawa saya mengambil keputusan untuk menamatkan perjalanan ini,” katanya menerusi klip video dia melihat imejnya sendiri ketika kecil memakai jersi Barcelona dan cuba mendapatkan autograf.

    “Tiada pasukan lain selepas Barca,” katanya. Saya akan menjadi peminat terhebat, saya akan menyokong pasukan dan menyambung rasa sayang saya buat Barca kepada anak lelaki saya.

    “Dan mungkin tidak lama lagi, saya akan kembali,” katanya. – AFP

    Gambar fail yang diambil pada 6 Mei 2015 menunjukkan pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique (atas) meraikan gol dengan pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara antara Barcelona FC dan Bayern Muenchen FC di stadium Camp Nou, Barcelona. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...