Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Gerila ELN culik bapa Diaz di Colombia

    BOGOTA, 3 NOV – Satu unit gerila kumpulan Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN) Colombia telah dikenal pasti terlibat dalam penculikan ibu bapa pemain sayap Liverpool, Luis Diaz di Colombia hujung minggu lalu, kata kerajaan kelmarin.

    Bagaimanapun, Cilenis Marulanda berjaya diselamatkan pada hari yang sama dengan penculikan Luis Manuel Diaz – ‘dilakukan oleh unit milik ELN’, kata seorang pegawai kerajaan di X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, sambil menambah, “Kami menuntut ELN segera membebaskan lelaki yang masih hilang’.

    ELN dan kerajaan yang dipimpin oleh Presiden berhaluan kiri, Gustavo Petro sedang dalam proses rundingan damai, yang turut merangkumi gencatan senjata selama enam bulan yang sedang berkuatkuasa.

    Ibu bapa pemain penyerang Colombia dan Liverpool, Diaz, telah diculik oleh individu bersenjata yang menggunakan motosikal pada Sabtu lalu.

    Insiden itu berlaku di sebuah stesen minyak yang terletak di bandar kelahiran mereka, Barrancas, yang terletak di bahagian utara negeri La Guajira. Marulanda berjaya diselamatkan beberapa jam selepas insiden tersebut.

    Diaz (kanan) beraksi semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool, England pada 21 Oktober lalu. – AP

    Pihak berkuasa Colombia telah menyatakan tiada tuntutan meminta wang tebusan daripada kumpulan tersebut.

    “Kami menuntut agar ELN segera membebaskan Luis Manuel Diaz,” kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini dan ditandatangani oleh Otty Patino, ketua delegasi kerajaan dalam rundingan damai dengan ELN.

    Beliau turut menambah bahawa ia adalah ‘tanggungjawab ELN untuk menjamin keselamatan dan integritinya.’

    Peguam Negara, Francisco Barbosa pula telah menyatakan bahawa bapa Diaz ‘mungkin berada’ di Venezuela, tanpa memberikan sebarang butiran lanjut.

    Namun, ELN sendiri tidak mengaku bertanggungjawab atas penculikan tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Empat Rohingya terbunuh di Bangladesh

    BANGLADESH, 6 DIS – Empat orang pelarian Rohingya terbunuh dalam kejadian tembak-menembak antara dua kumpulan pemberontak di kem pelarian Bangladesh, kata polis hari ini. Bangladesh...