Germa gandum banyak khasiatnya

APA itu germa gandum? Ramai tidak tahu mengenainya apatah lagi kelebihannya.

Dalam biji gandum, ia terbahagi kepada tiga komponen iaitu endosperm, bran dan germa yang biasanya dipisahkan untuk menghasilkan pelbagai tepung dan kegunaan.

Malah, germa gandum sebenarnya adalah embrio tumbuhan gandum yang akhirnya akan menyuburkan pelan gandum baharu.

Germa gandum juga adalah gudang yang mengandungi kuantiti protein berkualiti tinggi, vitamin B kompleks dan mineral.

Ia juga sumber tenaga serta nutrien yang bermanfaat untuk kesihatan. Ia kaya dengan mineral (zink, fosforus, magnesium), serat semula jadi, vitamin E, folat (B9), tiamin (B1), riboflavin (B2), niacin (B3).

Ia turut mengandungi asid lemak Omega-3 yang membantu menurunkan kolesterol yang tidak sihat dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung.

Dalam memanfaatkan kelebihan germa gandum dalam diet harian, ia boleh digabungkan dalam hampir mana-mana hidangan seperti ditaburkan dalam bijirin, kacau ke dalam yogurt, dijadikan oatmeal atau mencampurkannya ke dalam smoothie. – Agensi

Germa gandum sebenarnya adalah embrio tumbuhan gandum yang akhirnya akan menyuburkan pelan gandum baharu. Ianya juga adalah gudang yang mengandungi kuantiti protein berkualiti tinggi, vitamin B kompleks dan mineral. – Agensi