Gerrard bakal jadi pengurus yang terbaik

LONDON, 29 MAC – Penyerang Rangers, Jermain Defoe percaya pengurusnya Steven Gerrard mempunyai ciri-ciri yang akan membawa dia ke puncak dalam kerjaya sebagai pengurus.

Defoe, 37 tahun, yang semakin hampir menamatkan kerjayanya telah menyaksikan kehebatan Gerrard seperti pengurusnya dahulu Harry Redknapp dan Sam Allardyce ketika berada di beberapa kelab lain, di West Ham, Tottenham, Portsmouth dan Sunderland.

Defoe membandingkan Gerrard yang berada dalam musim kedua sebagai pengurus di Rangers dengan Redknapp dan Allardyce bahawa bekas pemain Liverpool dan kapten England itu mempunyai pemahaman yang begitu baik dengan pemain.

“Saya fikir dia akan menjadi pengurus yang terbaik,” kata Defoe.

“Dia cukup bagus, memiliki sifat semulajadi. Dari segi pengurusan, dia masih segar dan baharu tetapi anda dapat melihat bahawa sifat semula jadinya sudah cukup.

“Dia selalu mengatakan kepada para pemain bahawa jika mereka ingin bercakap sesuatu dengannya, pintunya sentiasa terbuka, dia boleh didekati yang sangat penting sebagai pengurus.

“Kadang-kadang ada perkara yang ingin anda perkatakan, anda mungkin menghadapi masalah peribadi tetapi anda merasa tidak selesa pergi kepada pengurus tetapi dengan Steven anda boleh pergi dan bercakap dengannya tentang apa-apa. Dia sangat santai.

“Dia mengingatkan saya kepada Harry Redknapp dan Sam Allardyce di mana anda boleh mendekati mereka dan bercakap tentang apa sahaja.

Kerjaya Gerrard, sepadan dengan banyak bolasepak di seluruh dunia yang kini ditangguhkan, Liga Perdana Scotland salah satu daripada beberapa liga yang telah digantung akibat COVID-19. – AFP

Reaksi Gerrard pada perlawanan yang lalu. Jermain Defoe percaya pengurusnya Steven Gerrard mempunyai ciri-ciri yang akan mem-bawa dia ke puncak dalam kerjaya sebagai pengurus. – AP