Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gerrard: Biar masa jadi penentu

    LONDON, 27 Jan – Pemain tengah legenda bagi Liverpool dan England, Steven Gerrard berkata bahawa hanya masa akan menjadi penentu untuknya membuat keputusan sama ada dia sudah cukup bagus menjadi pengurus pasukan bola sepak atau belum.

    Pemain berusia 36 tahun itu yang beraksi dalam 114 perlawanan bersama England dan antara pemain tengah terbaik ketika era kegemilangannya bakal memulakan karier baru sebagai jurulatih pasukan remaja di Liverpool, bulan depan.

    Gerrard yang memenangi Liga Juara-Juara, Piala UEFA, Piala FA dan tiga Piala Liga Inggeris namun gagal memenangi kejuaraan Liga Perdana bersama Liverpool telah menolak tawaran untuk menjadi pengurus kelab divisyen tiga, MK Dons November lalu.

    Malah, dia sendiri menganggap bahawa masih awal untuk dia menguruskan sesebuah kelab buat masa ini.

    Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard (tengah) mengambil tempat duduknya sebelum perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga antara Liverpool dan Southampton di Anfield. - AP
    Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard (tengah) mengambil tempat duduknya sebelum perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga antara Liverpool dan Southampton di Anfield. – AP

    “Saya tidak mahu tergesa-gesa dan saya tidak tahu bila saya mampu menjadi seorang pengurus,” kata Gerrard yang sedang berusaha mendapatkan lesen kejurulatihan A UEFA untuk membolehkan dia menguruskan pasukan di Liga Perdana.

    “Satu tindakan yang kurang bijak jika saya membuat keputusan terburu-buru, sedangkan saya masih belum bersedia. Saya mempunyai sokongan ramai orang di sekeliling saya dan mengharapkan peluang akan datang di masa depan,” katanya.

    Gerrard, yang menamatkan kariernya selaku pemain bola sepak bersama kelab LA Galaxy, mengakui dia memilih untuk bekerja bersama Liverpool disebabkan rasa cintanya terhadap kelab itu.

    “Saya sentiasa memiliki ikatan emosi bersama kelab ini. Tetapi keputusan untuk menjadi seorang jurulatih, saya perlu membuat keputusan sebaiknya dan tidak hanya bergantung kepada sentimen semata-mata.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda