Thursday, January 16, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gerrard ubah nasib Aston Villa

    NORWICH, ENGLAND, 15 DIS – Dengan empat kemenangan dalam enam perlawanan sebagai pengurus, Steven Gerrard mengubah nasib Aston Villa.

    Kejayaan terbaharu bekas kapten Liverpool itu menjadi lebih baik daripada pengurus yang digantikannya di Villa bulan lalu apabila pasukan baharu Dean Smith, Norwich, ditewaskan 2-0 kelmarin.

    Jacob Ramsey membuat percubaan hantaran satu-dua dengan Ollie Watkins di bahagian tengah dan berlari ke arah pertahanan sebelum merembat bola melepasi penjaga gol, Tim Krul pada minit ke-34 di Carrow Road.

    Gol kedua tiba pada minit ke-87 apabila pemain ganti berusia 18 tahun, Carney Chukwuemeka berlari di bahagian kiri dan memberi hantaran kepada Watkins, yang kemudian menjaringkan gol. – AP

    Reaksi Jacob Ramsey meraikan ketika menjaringkan gol pasukan dalam perlawanan menentang Norwich City kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda