AS gesa Arab Saudi ‘tenangkan’ pasaran minyak dan kewangan

WASHINGTON, 25 MAC – Amerika Syarikat (AS) berkata hari ini ia telah menyeru Arab Saudi untuk ‘menenangkan’ pasaran minyak dan kewangan tatkala dunia bergelut dengan pandemik koronavirus di mana ia telah melumpuhkan ekonomi utama.

Rayuan itu dibuat oleh Setiausaha Negara Mike Pompeo menerusi perbualan telefon kelmarin bersama dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, kata Jabatan Negara.

Arab Saudi akan menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak ketua-ketua G20 mengenai krisis kesihatan yang melanda dunia disebabkan oleh koronavirus.- AFP

Setiausaha Negara Mike Pompeo menyeru Arab Saudi untuk ‘menenangkan’ pasaran minyak dan kewangan tatkala dunia bergelut dengan pandemik koronavirus. – AP