Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    ‘Gesa COVID-19 dirawat seperti selesema’

    MADRID, 20 JAN – Sepanyol menerajui gesaan mengajak kerajaan-kerajaan untuk mula menangani COVID-19 sebagaimana virus pernafasan endemik lain seperti selesema bermusim, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menentang dan memberi amaran bahawa pendekatan itu masih terlalu awal.

    Ketika kerajaan dan penduduk di seluruh dunia terdesak untuk menamatkan pandemik itu, perbincangan mengenai supaya virus itu diklasifikasikan semula semakin menjadi-jadi.

    “Sepanyol mahu mengetuai perdebatan ini kerana masanya sudah tiba dan perlu untuk melakukannya,” kata Menteri Kesihatannya, Carolina Darias, sambil menambah bahawa Sepanyol meminta Pusat Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) untuk ‘mengkaji strategi baharu’ menangani COVID-19.

    Sepanyol berada dalam kedudukan yang baik untuk membuka perdebatan itu, mempunyai salah satu daripada kadar vaksinasi tertinggi di dunia dengan 90.5 peratus penduduknya berumur 12 tahun ke atas mendapat imunisasi sepenuhnya.

    Namun, persoalan itu telah mencetuskan perselisihan faham antara kerajaan yang mahu kekal dengan normaliti manakala beberapa bahagian komuniti perubatan yang kekal untuk meningkatkan kawalan mereka.

    Kerajaan sayap kiri Sepanyol turut menyokong usaha mengklasifikasikan semula COVID-19 sebagai penyakit endemik dengan wabak bermusim yang lebih ringan yang manusia hidup dengannya seperti selesema.

    Negara itu bekerjasama dengan komuniti saintifik untuk beralih daripada ‘menguruskan pandemik kepada mengurus penyakit yang kami harap sains akan mengklasifikasikan semula sebagai penyakit endemik’,” kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez minggu ini.

    Meskipun, varian Omicron mencetuskan lonjakan jangkitan, namun jumlah kematian dan kadar kemasukan hospital lebih rendah, dengan kebanyakan kerajaan mula melonggarkan sekatan, mengurangkan masa kuarantin dan mengendurkan kawalan sempadan. – AFP

    Kakitangan kesihatan ketika merawat pesakit COVID-19 di ICU di hospital Barcelona pada 19 Januari. Sepanyol telah menyaksikan peningkatan dalam jangkitan COVID-19 sejak Disember namun mendahului gesaan untuk menangani COVID-19 seperti selesema biasa. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...