Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Gesa ‘kaedah baharu dan kreatif’ tangani konflik di Myanmar

    NEW DELHI, 16 JUN – Malaysia hari ini menggesa kaedah “baharu dan kreatif” dalam usaha ke arah mencapai keamanan di Myanmar.

    Berucap pada Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India di New Delhi, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata ASEAN dan Rakan Dialognya juga perlu segera menangani situasi kemanusiaan di Myanmar.

    “Malaysia mengulangi mengenai perlunya cara baharu dan kreatif yang inklusif serta komprehensif untuk keamanan dan perdamaian, termasuk terlibat dengan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar dan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC),” kata Saifuddin dalam satu kenyataan.

    Pada mesyuarat itu ASEAN dan India sepakat untuk memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan, kesalinghubungan dan keselamatan siber.

    “Ketika negara sedang menuju ke arah pemulihan pasca COVID-19, adalah penting untuk merapatkan jurang digital, membangunkan modal insan dan pendigitalan, serta meningkatkan kemampanan dalam perdagangan dan pelaburan serta kesalinghubungan,” kata Saifuddin.

    Beliau berkata anggota ASEAN dan India mesti bekerjasama untuk mencapai potensi perdagangan dan perkongsian ekonomi dengan sepenuhnya serta mengukuhkan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India. – Bernama

    Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (dua, kiri) pada Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India di New Delhi, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...