Gesa masyarakat segera divaksinasi

Dengan negara-negara jiran dan ASEAN lain kini sudah berkurangan jangkitan COVID-19 dan membuka banyak sektor perekonomian, negara kitani juga perlu segera menangani pandemik ini.

Vaksinasi setakat ini Alhamdulillah sudah mencapai lebih 70 peratus bagi dos pertama namun masih agak jauh dalam peratusan dos kedua, manakala warga emas masih dalam ribuan yang belum divaksinasi.

Mungkin tiba masanya menjanjikan mereka insentif untuk segera mendapatkan vaksin, misalnya hanya orang lengkap divaksin boleh makan di restoran, belayar ke luar negara dan mengunjungi saudara mara di daerah negara jiran atau pelbagai lagi langkah yang boleh membuatkan mereka segera bervaksin.

Dan jika sudah mencapai 80 peratus pemvaksinan orang dewasa, mungkin boleh disegerakan vaksin pelajar kerana belajar dari rumah membuatkan mereka lebih terdedah kepada depresi dan mengalami kesihatan mental dini hari kelak.

Beunjar