Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gesa Myanmar bawa pulang pelarian

    Pelarian Rohingya menunggu bantuan bersama anak-anaknya di Teknaf pada 20 September. – AFP

     

    DHAKA,  20 Sept – Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina telah mengeluarkan gesaan baru meminta Myanmar membawa pulang kira-kira 420,000 Rohingya yang telah melarikan diri daripada keganasan di negara yang dikuasai penduduk beragama Buddha.

    Hasina, bercakap kepada aktivis Bangladesh di New York di mana beliau sedang menghadiri Perhimpunan Agung PBB, juga meminta tekanan antarabangsa yang lebih diberikan kepada Myanmar berhubung krisis baru yang telah meletus dalam tempoh tiga minggu lalu, kata laporan media.

    “Kami telah memberitahu Myanmar, mereka adalah rakyat kamu, kamu mesti mengambil mereka balik, memberikan mereka keselamatan, memberikan mereka tempat perlindungan, tidak harus berlakunya penindasan dan penyeksaan,” beritahunya pada satu mesyuarat lewat semalam di New York.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda