Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gesaan buka semula klinik haiwan di Miri

    MIRI, 23 Okt– Sebuah badan bukan kerajaan hari ini menggesa kerajaan agar membuka semula klinik haiwan kendaliannya di Miri sebagai sebahagian strategi untuk mengawal masalah anjing liar di bandar raya ini.

    Presiden Zero Strays Miri (ZSM) Sterwina Kho Wan Ling berkata, pada masa ini Miri tidak mempunyai klinik haiwan yang dikendalikan kerajaan, justeru menyebabkan pemilik haiwan peliharaan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk mengasi haiwan peliharaan mereka dan kos mengasi seekor anjing betina di klinik haiwan swasta misalnya boleh mencecah antara RM200 dan RM250.

    “Kami berharap kerajaan membuka semula klinik haiwan kerajaan bagi tujuan mengasi haiwan peliharaan di Miri. Ini akan menggalakkan pemilik haiwan peliharaan mengasi haiwan peliharaan mereka lantas mengurangkan jumlah kelahiran anak anjing yang tidak diingini yang kelak akan bertukar menjadi anjing liar,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

    Kho berkata punca utama banyak anjing liar berkeliaran di bandar raya ini ialah terdapat pemilik haiwan peliharaan yang tidak bertanggungjawab mengabaikan haiwan peliharaan mereka dengan melepaskan haiwan-haiwan tersebut berkeliaran di jalan-jalan raya dan jika tidak dikasi, anjing-anjing itu akan mengawan dan melahirkan lebih banyak anak anjing lagi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda