Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Gesaan wujud mekanisme perpindahan pelarian tanpa izin

    TRIPOLI, 5 APRIL – Pertubuhan Migrasi Antarabangsa kelmarin menggesa mekanisme pelepasan selamat bagi pendatang tanpa izin yang menyeberangi laut dari Libya ke Eropah, berikutan kematian berpuluh-puluh pendatang, lapor Xinhua.

    “Insiden tragis ini sekali lagi menunjukkan perlu usaha antarabangsa untuk memastikan keselamatan pendatang.

    “Migrasi PBB meneruskan gesaannya untuk menyelamatkan nyawa melalui mekanisme pencarian dan menyelamat yang berdedikasi, proaktif serta pendaratan yang selamat, mengikut undang-undang antarabangsa,” ciap agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

    Libya dilanda kacau-bilau dan isu keselamatan sejak kejatuhan pemimpin Muammar Gaddafi pada 2011, menjadikan negara itu lokasi pilihan pendatang tanpa izin yang ingin menyeberangi Laut Mediterranean ke pantai Eropah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...