Getafe, Espanyol terikat tanpa jaringan

MADRID, 17 JUN – Getafe kehilangan lebih banyak mata dalam perlumbaan untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara setelah mereka gagal mengalahkan Espanyol yang bergelut di zon penyingkiran walaupun Espanyol bermain dengan 10 orang yang berakhir dengan keputusan seri.

Jalan buntu untuk pasukan Jose Bordala, bahkan mungkin sahaja boleh kalah di tangan Espanyol, yang membangun momentum perlawanan dengan baik setelah kembali dari penangguhan tiga bulan tanpa bola sepak kerana wabak COVID-19.

Getafe kekal di tangga kelima, berkongsi mata dengan Real Sociedad yang berada di tempat keempat, yang akan beraksi menentang Alaves esok.

Getafe juga dapat dipintas jika Atletico Madrid menang pada perlawanan menentang Osasuna esok.

Mereka merasa gembira sejurus selepas pemain pertahanan, Bernardo Espinosa diarah keluar padang pada minit ke-16 kerana melemparkan tangannya ke muka Damian Suarez.

Jurulatih Espanyol, Abelardo Fernandez meluahkan rasa kecewa, tetapi pasukannya terpaksa meneruskan perjuangan dan Getafe banyak memberi tekanan kepada mereka. – AFP

Aksi pemain pertahanan Getafe, Mathias Olivera (kiri) ketika cuba menanduk bola semasa perlawanan La Liga antara Getafe CF menentang RCD Espanyol di Stadium Coliseum Alfonso Perez di Getafe, semalam. – AFP