Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    GFA bebas salah urus kewangan

    HAGATNA, 3 Mei – Persatuan Bola Sepak Guam (GFA) berkata bahawa ia bersih daripada sebarang kesalahan selepas presidennya, yang baru meletak jawatan, membuat pengakuan bahawa dia mengambil rasuah, berikrar untuk terus memperkembangkan sukan tersebut di wilayah kecil Pulau Pasifik itu.

    Richard Lai mengaku bersalah di mahkamah New York minggu lepas kerana menerima hampir AS$1 juta sogokan.

    GFA berkata Lai, 55 telah meletak jawatan serta-merta sebagai presiden dan timbalannya, Pascual Artero mengambil alih.

    “Perletakan jawatan secara sukarela dan serta-merta daripada status presiden GFA membolehkan pertubuhan ini bergerak ke depan tanpa gangguan daripada misinya untuk menyediakan peluang global bagi komuniti setempat menerusi sukan bola sepak,” menurut kenyataan GFA hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda