GHANA – Kelihatan Brett Davies sedang memegang papan luncur di kawasan pantai yang indah di Ghana. Pantai tersebut dinamakan sebagai pantai Kokrobite menjadi lokasi hebat di benua Afrika itu.
Baru-baru ini, Ghana telah menganjurkan pelayar dari 20 buah negara dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Di sepanjang pantai, kira-kira 30 kilometer barat dari Acra, dipenuhi dengan bot nelayan manakala berdekatan dengan pantai tersebut dipenuhi dengan kedai-kedai menjual T-Shirt. Kelihatan juga kanak-kanak sedang bermain pasir di pantai tersebut.
Davies yang berusia 42 tahun, mengetuai usaha untuk memperkembangkan tapak peluncur ombak yang hebat di negara itu sekali gus meningkatkan lagi sektor pelancongan di negara yang kurang maju itu.
Beberapa penduduk dari British juga telah menjalankan sekolah papan luncur di Kokrobite dan telah membantu membawa para peluncur di Busua, iaitu sebuah lokasi bersempadan dengan Ivory Coast.
“Perkara yang paling penting ialah mengenai fungsi meluncur ombak di Chana walaupun negara ini tidak dapat mengatasi gelombang kelas dunia yang lebih menarik namun tidak dinafikan Ghana semakin mengorak langkah untuk terus maju,” kata Brett lagi kepada wartawan AFP.


Pertandingan antarabangsa yang telah diadakan pada bulan lepas itu telah membawa publisiti daripada pelbagai pihak di negara itu dan menyaksikan sendiri para peluncur melakukan aktiviti mereka.
Manakala di dalam kawasan air, Emmanuel Ansah merehatkan diri namun dengan pantas mengambil papan luncur miliknya dan melakukan beberapa aksi di atas platform kayu itu. Bagi Emmanuel, ombak di negara itu seperti mempunyai seorang teman wanita baru. “Saya sangat gembira,” tambahnya lagi kepada wartawan AFP. Apa yang pasti, sekarang, beliau ingin melihat Ghana menjadi sebuah destinasi para peluncur untuk melakukan aktiviti meluncur malah tidak mustahil, satu hari nanti, Ghana akan berupaya menghantar wakil mereka dalam pertandingan luar Negara.
Potensi yang tertutup
Menurut Bank Dunia, 897,000 pelancong antarabangsa telah melawat Ghana pada tahun 2015. Sebagai perbandingan, dianggarkan lebih 1.1 juta telah pergi ke Kenya manakala, 8.9 telah pergi ke Afrika Selatan. Namun Majlis Pelancongan dan Pelancongan Dunia menganggarkan angka untuk Ghana boleh melonjak kepada hampir 1.3 juta khususnya pada tahun ini dan lebih daripada 2.0 juta menjelang tahun 2027.
Dalam beberapa tahun sejak kebelakangan ini, perjalanan dan pelancongan negara itu telah menyumbang secara langsung sebanyak AS$1.3 bilion kepada ekonomi Ghana. Perangkaan itu bersamaan dengan 3.0 peratus daripada keluaran kasar negara tersebut. Pelancong umumnya memberikan tumpuan yang hebat kepada beberapa tarikan semula jadi seperti air terjun dan taman negara, gerbang bersejarah dan aktiviti kebudayaan. Namun kira-kira 550 kilometer dari pantai berkenaan, sukan air di Lautan Atlantik di luar pasir emas yang dilapisi kelapa sawit, dilihat sebagai satu permulaan kepada perkembangan.
“Sufing mempunyai potensi besar dan kami belum membangunkan lagi pantai kami. Kami tidak melakukan apa-apa kerana ia adalah peluang yang hebat untuk sesiapa sahaja yang mahu datang,” kata pakar pelancongan Ghana, Gilbert Abeiku Aggrey.
“Pantai ini dilihat sebagai satu lokasi yang baik untuk membawa pelancong bajet untuk ke Ghana, menimbulkan jurang antara pengembara bajet, sukarelawan dan individu-individu berniaga. Jurang antara hujung yang rendah dan hujung yang tinggi adalah sangat besar, ia adalah pasaran yang belum diterokai sebenarnya,” tambah Aggrey lagi kepada wartawan AFP. “Situasi ini berlaku kerana orang ramai berhasrat untuk membuat keuntungan supaya mereka merasakan kenaikan harga atau nilai untuk pelancong mewah.”

Perancangan pembangunan
Kos penerbangan dan penginapan yang tinggi di Ghana telah dipersalahkan kerana menghalang kedatangan lebih banyak pelancong. Tinggal di hotel bertaraf tiga bintang di ibu negara boleh mencecah sehingga 88 euro semalam, sementara penerbangan di Afrika Barat juga mahal. Kepala Lembaga Pelancongan Ghana, Kewsi Agyemang, mengatakan ada rencana untuk menjalankan sasaran yang berbeza dan memperbaiki peraturan.
Pihak berkuasa pelancongan di negara itu turut menyasarkan kedatangan daripada beberapa buah negara malah perancangan pembangunan pelancongan nasional kerajaan pada tahun 2012 telah menyatakan bahawa ada pantai yang benar-benar asli di wilayah barat Ghana namun masih kekurangan akses. Mereka menunjukkan satu potensi yang besar untuk pembangunan sektor pelancongan.
Kerajaan baru Ghana yang mana telah berkuasa sejak awal Januari yang lalu telah meletakkan penekanan baru terhadap industri pelancongan dan mahu membangunkan kawasan pantai yang tidak maju dan miskin di Accra.
Projek pelaburan pelancongan Marin bertujuan untuk membangunkan hampir 100 hektar pantai dengan hotel, pusat membeli belah, taman tema, pejabat dan juga kasino.
Dalam bajet peruntukkan 2017, menteri kewangan Ghana, Ken Ofori Atta berkata bahawa pelancongan boleh membantu menangani tahap hutang yang tinggi dan pengangguran.
Ghana yang pernah memfailkan ekonomi pesatnya telah menyaksikan kadar pertumbuhan perlahan hingga 3.6 peratus pada tahun 2016, angka ini merupakan paling rendah dalam masa dua dekad berbanding 13 peratus pada tahun 2011. Davies menerima bantuan pihak kerajaan dan akan terus menggalakkan pelancongan di negara itu dengan ‘surfing’ laut.
“Ghana hampir meletup kerana melayari pelancongan dan ia adalah masa yang sangat sesuai untuk melayari papan luncur dan meredah ombak yang hebat di pantainya,” tambah Davies mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP