Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Ghana buka semula sempadan setelah dua tahun

    ACCRA, 28 MAC – Ghana membuka semula sempadan darat dan lautnya hari ini selepas penutupan selama dua tahun ketika ia menarik balik beberapa sekatan COVID dalam usaha untuk merangsang ekonomi yang lembap.

    Presiden Nana Akufo-Addo juga mengumumkan dalam ucapan di televisyen kelmarin bahawa pemakaian pelitup muka di negara Afrika Barat itu tidak lagi wajib kerana kes aktif COVID menurun di bawah 100.

    Akufo-Addo berkata acara luar boleh disambung semula pada kapasiti penuh selagi semua sudah melengkapkan vaksin sepenuhnya.

    Mulai Isnin, pengembara yang telah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi menjalani ujian COVID untuk memasuki negara ini.

    “Ia adalah dua tahun yang sukar bagi kami semua dan kami melihat cahaya di penghujung terowong yang sangat panjang,” kata pemimpin Ghana itu.

    “Saya merayu kepada kita semua supaya hidup secara bertanggungjawab, melindungi diri pada setiap masa.”

    Rakyat Ghana yang tinggal dalam komuniti sempadan yang biasanya berdagang dengan jiran di Ivory Coast, Burkina Faso dan Togo mengalu-alu keputusan itu, mengatakan ia akan menghidupkan kembali kawasan mereka.

    “Saya telah kehilangan perniagaan saya. Sebelum penutupan sempadan saya pernah berdagang dengan beberapa peniaga Ivory,” Joseph Mintah, bapa kepada empat anak dari Elubo, sebuah bandar sempadan di barat Ghana, memberitahu AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...