Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ghana lapor dua kes virus Marburg

    ACCRA, 8 JULAI – Ghana telah melaporkan dua kes virus Marburg, yang tergolong dalam keluarga yang sama dengan Ebola, kata pihak berkuasa kesihatan selatan rantau Ashanti, hari ini.

    Setakat ini, belum ada rawatan atau vaksin untuk virus Marburg, yang kurang serius berbanding Ebola, dengan gejala termasuk demam dan pendarahan dalam dan luar badan.

    Hasil dapatan awal daripada sampel darah untuk dua kes tersebut mencadangkan virus Marburg dan sampel telah dihantar ke Institut Pasteur de Dakar di Senegal untuk pengesahan, kata Perkhidmatan Kesihatan Ghana. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...