Ghanim anjur Pejabat Terbuka

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Walaupun bulan Syawal semakin hampir ke penghujungnya, kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih lagi hangat dirasakan dengan majlis-majlis rumah terbuka dan pejabat terbuka yang diadakan oleh pelbagai pihak di negara ini.

Ghanim International Corporation Sdn Bhd yang memasarkan produk Brunei Halal di seluruh dunia, turut tidak terlepas mengadakan Sambutan Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dewan Perdana, Kompleks Annajat, hari ini.

Pada sambutan Terbuka Hari Raya Aidilfitri itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Nur Rahman serta warga Ghanim mengalu-alukan kedatangan tetamu daripada pelbagai pihak seperti sektor kerajaan dan swasta.

Turut hadir pada sambutan terbuka itu ialah perwakilan luar negara ke Brunei dan tetamu khas yang lain.

Dr Nur Rahman bersama diplomat-diplomat asing pada Sambutan Terbuka Hari Raya Aidilfitri itu.