Saturday, January 18, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ghanim terima anugerah IB

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Ghanim International Corporation Sdn Bhd baru-baru ini diumumkan sebagai salah satu penerima Anugerah Perniagaan Inklusif ASEAN (IB) yang berprestij pada Sidang Kemuncak Perniagaan Inklusif ASEAN ke-6 yang diadakan di Bali, Indonesia.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada sidang kemuncak berkenaan ialah Menteri Koperasi dan PKS (MenKopUKM) Indonesia, Tuan Yang Terutama Teten Masduki.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Ekonomi, Perdagangan dan Industri) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi Negara Brunei Darussalam, Dr Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin.

    Malam Gala Anugerah yang diadakan pada petang 23 Ogos lalu, telah dihadiri oleh pelbagai pihak berkepentingan dan perangka keputusan dalam sektor perniagaan dan kewangan ASEAN serantau.

    Dalam acara itu, 10 perniagaan dari 10 buah negara anggota ASEAN, termasuk Ghanim International Corporation sebagai wakil Brunei, telah diberikan Anugerah IB.

    Ia dianugerahkan kepada perniagaan yang telah menunjukkan teladan amalan perniagaan inklusif. Anugerah untuk negara ASEAN itu adalah bukti dedikasi, inovasi dan usaha kolektif negara-negara ASEAN yang telah mendorong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ke arah masa depan yang lebih inklusif dan sejahtera.

    Semasa menerima anugerah itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ghanim, Dr Nur Rahman mengungkapkan kesyukuran dan penghargaan yang tidak terhingga kepada pasukan Ghanim, pengurusan, lembaga pengarah, rakan kongsi PKS dan rakan kongsi lain untuk sokongan, dedikasi dan kerja keras berterusan mereka dalam menyumbang kepada pencapaian matlamat nasional dan komersial syarikat.

    Gambar ramai pasukan Ghanim bersama lembaga pengarah di depan Kemudahan Pemprosesan Pembangunan Industri Makanan Brunei yang baru ditubuhkan. – Gambar serahan Ghanim International Corporation Sdn Bhd
    Piala Anugerah ASEAN IB disampaikan kepada Ghanim pada Sidang Kemuncak Perniagaan Inklusif ASEAN ke-6 yang diadakan di Bali, Indonesia. – Gambar serahan Ghanim International Corporation Sdn Bhd

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda