Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    GHK hargai rakan-rakan kongsi, media

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – GHK Motors Sdn Bhd telah telah menjemput pihak pengurusan, jualan dan pemasaran dari Baiduri Finance Berhad, BIBD At-Tamwil Berhad serta ahli-ahli media bagi acara sungkai di Goldiana Café & Lounge, Hotel Mulia,
    kelmarin.

    Acara sungkai tersebut diadakan untuk menggalakkan komunikasi terbuka dan mengukuhkan hubungan antara GHK Motors dan rakan-rakan kongsi perbankan serta untuk menyampaikan penghargaan kepada ahli media kerana menyokong GHK Motors atas penyediaan pemasaran luaran yang meluas untuk semua francais GHK iaitu, Mitsubishi, Daihatsu, Perodua, Maxus, MG, Chevrolet, Chrysler, Jeep, Dodge dan Alfa
    Romeo.

    Hadir untuk menganjurkan acara sungkai tersebut ialah Pengarah GHK Motors, Jake Goh; Pengurus Besar GHK Motors, Au Then Kiong; Eksekutif Pemasaran, Awang Ahmad; Pemasaran Digital, Eddy Muqri serta konsultan-konsultan jualan GHK.

    Gambar ramai semasa acara sungkai anjuran GHK Motors di Goldiana Café & Lounge. – Gambar oleh Muiz Matdani

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...