Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    GHK Motors perkenal jenama Changan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – GHK Motors Changan Brunei, hari ini, telah menjemput beberapa orang pengamal media untuk melihat lebih dekat dan mengambil bahagian sesi uji pandu Changan Alsvin, kereta sedan yang baru memasuki pasaran Brunei, di Bilik Pameran Changan.

    GHK Motors dengan bangganya telah memperkenalkan jenama Changan Automobile ke Brunei dan sejak sekian lama, GHK Motors komited untuk membawa ‘kereta idaman’ kepada rakyat Brunei yang mencintai kehidupan dengan penuh semangat dan teknologi.

    Bermula dengan pelancaran Alsvin, GHK Motors berharap dapat membawa pengalaman terbaik kepada pengguna tempatan melalui penggayaan yang cantik dan kualiti meningkat tetapi tanpa tanda harga premium yang biasanya seiring dengannya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Alsvin dikuasakan enjin Bluecore 1.5L (105 hp & tork 145nm) dan dilengkapi dengan gril hadapan yang cantik, memberikan penampilan agresif namun elegan.

    Manakala itu, bahagian dalam mempunyai kokpit sporty yang seimbang dengan kabin plush ivory beige. Alsvin pastinya akan menjadi sedan subkompak tercanggih di Brunei, yang menjanjikan pengalaman pemanduan yang mudah, menurut kenyataan itu.

    GHK Motors Changan Brunei telah memperkenalkan jenama Changan Automobile ke Brunei.
    Gambar menunjukkan ruang dalaman yang mempunyai kokpit sporty yang seimbang dengan kabin plush ivory beige.

    GHK Motor Changan Brunei menawarkan Alsvin dalam dua varian, trim Deluxe dan Lumiere.

    Trim Deluxe menawarkan enjin 1.5 liter dengan Dual-Clutch Automatic Transmission (DCT) lima kelajuan dan manakala itu, Lumiere adalah varian mewah dengan DCT 1.5 liter yang padat dengan ciri-ciri yang pastinya diidamkan pelanggan dalam segmen berkenaan.

    Ini termasuk sistem multimedia dengan skrin sentuh tujuh inci, bumbung matahari berkuasa, kawalan pelayaran, kamera undur yang dinamik, sistem pemantauan tekanan tayar, pemanasan untuk cermin sisi, dua beg udara dan tempat duduk kulit (leather).

    Kenyataan menyatakan, sebagai salah satu daripada empat kumpulan automobil teratas di China dan jenama automotif terlaris di China, Changan Automobile mencatatkan sejarah perindustrian sejak 157 tahun lalu.

    Changan ialah jenama automotif domestik No.1 di China buat 10 tahun kebelakangan berturut-turut.

    Untuk maklumat lanjut mengenai Changan Brunei, kunjungi bilik pameran mereka di Sumbangsih Bahagia, Beribi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...