Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    GHK Motors pilih lima pemenang bertuah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Pengedar tunggal kenderaan Mitsubishi dan Perodua di Brunei, GHK Motors Sdn Bhd telah mengadakan cabutan bertuah bagi pusingan kedua Program Test, Snap & Win Test Drive yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live dari Bilik Pameran GHK Motors, Beribi, hari ini.

    Lima orang pemenang bertuah bagi Julai 2021 telah dipilih untuk menerima baucar $50 iaitu Dayang Faridah binti Haji Pangis, Awang Roslee bin Tahir, Dayang Sarimah binti Haji Hamdan, Paul Capunong Mandid dan Dayang Afifah binti Haji Tajudin.

    Cabutan pemenang berkenaan telah dibuat oleh Eksekutif Pemasaran GHK, Awang Ahmad Faezul Imtiaz bin Adam.

    Promosi berjalan dari awal Jun hingga penghujung Julai lalu.

    Menurut kenyataan yang diberikan, acara cabutan tersebut telah ditangguhkan sejak Ogos lalu disebabkan gelombang kedua pandemik COVID-19 dan sekatan perkumpulan ramai.

    Pengunjung atau pelanggan berhak mendapat satu tiket cabutan bertuah setelah membuat pandu uji mana-mana model Mitsubishi atau Perodua dengan syarat untuk mengambil gambar selepas pandu uji dan memuat naik di media sosial.

    Awang Ahmad Faezul Imtiaz membuat cabutan bagi memilih salah seorang pemenang bertuah pada majlis cabutan yang diadakan kelmarin. – Gambar serahan GHK Motors Sdn Bhd
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -