Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – GHK Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal MG Motor di Brunei, hari ini, telah mengadakan undian bulanan bagi memilih pemenang bulan Februari untuk promosi cabutan bertuah kereta MG.
Berikutan penularan COVID-19, majlis cabutan yang diadakan di Bilik Pameran MG, Sumbangsih Bahagia telah disiarkan secara langsung menerusi Facebook MG Motor yang boleh disaksikan para peserta.
Seramai 15 pelanggan diundi untuk memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk hadiah wang tunai untuk tiga pemenang teratas iaitu Awang Akmal Danial bin Haji Awang Besar yang memenangi $1,500, Pengiran Hajah Khairunnida binti Pengiran Haji Rajid memenangi $1,000 dan Awang Muhammad Hauf bin Mohd Hassan memenangi $700.
Undian dibuat oleh perwakilan dari Baiduri Finance Berhad iaitu Pengurus Jualan, Haji Mohd Ali bin Haji Metussin, dan Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Daud.
Promosi berkenaan berjalan dari Januari hingga Mac dengan menawarkan peluang kepada pengguna untuk membeli model MG pada harga menarik dan peluang untuk memenangi hadiah hebat.
Pelanggan yang membeli kenderaan MG sepanjang tempoh berkenaan akan berkelayakan menyertai cabutan utama yang akan diadakan pada April depan.
