GHK tawar promosi tahun baharu

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – GHK Motors Sdn Bhd meraikan tahun baharu dengan menawarkan promosi Tahun Baharu 2020 bagi kereta jenama Mitsubishi dan Perodua.

Promosi Mitsubishi Tahun 2020 menawarkan V-Kool Tinted percuma dan pilihan baucar tunai sehingga $4,000 atau ansuran bulanan percuma.

Promosi tersebut bermula hari pertama Januari hingga lewat Februari dan hanya bagi model Xpander, Attrage, Pajero Sport, Outlander dan Lancer Ex.

Mitsubishi Eclipse Cross yang paling ditunggu-tunggu akan tiba pada awal Februari 2020 dengan promosi V-Kool Tinted percuma untuk tempahan awal.

Sementara itu, Perodua Tahun 2020 pula menawarkan model Perodua Alza dan Bezza dengan pakej percuma V-Kool Tinted, DVR Mirror Camera, Bodykit dan pilihan baucar membeli-belah sehingga $2,500 atau ansuran bulanan percuma.

Pakej promosi berbeza mengikut model, dan ia bermula awal Januari 2020 hingga akhir Februari 2020. Promosi berkenaan tertakluk kepada terma dan syarat.