Giannis di kedudukan terbaik bantu Bucks

LOS ANGELES, 3 MEI – Giannis Antetokounmpo menjaringkan mata tertinggi 49 semasa kepulangannya dari kecederaan ketika Milwaukee Bucks mencalarkan persembahan hebat Kevin Durant, menjaringkan 42 mata untuk menundukkan Brooklyn Nets 117-114, kelmarin.

Juara bertahan dua kali Pemain Paling Berharga, Antetokounmpo, terpaksa bermain dengan kecederaan buku lali sebelah kanan, menewaskan Durant di pertemuan Eastern Conference antara dua pasukan penjaring terbanyak di liga.

Antetokounmpo menamatkan hanya kekurangan tiga mata untuk mencapai mata tertinggi dalam kariernya, dicatat dua tahun lalu menentang Philadelphia. – AFP

Aksi Giannis Antetokounmpo menjaringkan mata untuk Bucks ketika pertemuan menentang Brooklyn Nets.- AP