Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Giat pulihara arkib akhbar pelbagai bahasa

    TUNIS – Di ruang bawah tanah Perpustakaan Negara Tunis, konservator Hasna Gabsi menyelongkar rak akhbar bertarikh pertengahan abad ke-19, memilih terbitan terbaharu untuk didigitalkan.

    Dia memilih salinan akhbar berbahasa Arab yang dicetak pada tahun 1880an, kemudian berjalan ke seksyen akhbar berbahasa Perancis, Itali, Malta dan Sepanyol yang diterbitkan di Tunisia.

    “Arkib ini menjadi saksi kepada budaya bersejarah yang penting,” kata Gabsi di bawah kelipan lampu neon.

    Koleksi perpustakaan itu termasuk kira-kira 16,000 judul yang dicetak di Tunisia – berjumlah ratusan ribu edisi akhbar dan terbitan berkala.

    Sebagai sebahagian daripada kempen untuk memulihara arkib negara, kakitangan perpustakaan telah berusaha untuk mendigitalkan dokumen tersebut. Kebanyakan akhbar dalam Bahasa Arab, dengan yang tertua dari pertengahan abad ke-19 ketika Tunisia adalah wilayah Uthmaniyyah.

    Dokumen lama yang dipamerkan di dinding jabatan arkib Perpustakaan Negara Tunisia pada 26 Januari lalu. – AFP
    Seorang konservator di Perpustakaan Negara Tunisia menyelak akhbar lama pada 26 Januari lalu. – AFP

    Selepas Perancis menduduki Tunisia pada tahun 1881, peneroka Eropah menerbitkan terbitan berkala dalam beberapa bahasa, termasuk Perancis, Itali, Sepanyol dan Malta. Malah, beberapa penerbitan termasuk Bahasa Judeo-Arab, dialek Arab tempatan yang ditulis dalam abjad Ibrani.

    Gabsi memilih salinan Voix d’Israel, sebuah akhbar berbahasa Ibrani yang dicetak oleh komuniti Yahudi Tunisia, yang berjumlah kira-kira 100,000 ketika negara itu mencapai kemerdekaan dari Perancis pada 1956.

    Di rak lain, dia mengambil L’Unione, yang diterbitkan pada tahun 1886 oleh komuniti Itali yang berjumlah kira-kira 130,000 pada pertengahan abad berikutnya. Berdekatannya, juruteknik menggunakan pengimbas besar untuk mendigitalkan akhbar dan dokumen lain, yang sedia disiarkan untuk orang ramai dalam talian sejak Mei.

    Pengarah perpustakaan Raja Ben Slama telah mengumpulkan sepasukan 20 pekerja untuk mempercepatkan proses tersebut. Beliau berkata kepentingan memulihara akhbar itu jelas baginya apabila dia tiba pada 2015.

    “Kami perlu cepat bertindak dengan elemen-elemen menangani kemusnahan terbitan berkala,” katanya.

    Sebahagian daripadanya ‘tidak boleh ditemui di tempat lain’, tambahnya.

    Kebanyakan penerbitan telah hilang, terutamanya yang diterbitkan dalam Bahasa Itali, Ibrani dan Malta. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...