Giatkan lagi kempen inokulasi negara kitani

Alhamdulillah, negara kitani sudah mencapai lebih 10 peratus jumlah orang yang sudah divaksinasi, namun dengan perkadaran itu dan kita sudah pun berada di pertengahan tahun, kempen inokulasi pada pendapat saya perlu digiatkan lagi.

Ini untuk memastikan kita dapat mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

Daripada jumlah itu, adakah jumlah penduduk tempatan lebih tinggi diinokulasi berbanding warga asing yang bermastautin di negara ini? Kerana apa yang saya lihat berbaris panjang di stadium, kebanyakannya terdiri daripada warga asing.

Bagaimana peratusan warga tempatan? Kedengaran juga sebahagian penduduk tempatan agak keberatan untuk divaksinasi, mungkin mereka perlu diyakini lagi atau kempen-kempen vaksin digiatkan lagi.

Apa pun, diharap penduduk dan rakyat negara ini bersama-sama melindungi diri dengan mendapatkan vaksin sebaik sahaja fasa-fasa yang diumumkan dibuka kelak.

Tunggu giliran