Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Giatkan usaha menangani perubahan iklim

    Berita mengenai banjir, gempa bumi, gelombang haba sering disajikan kepada kitani, tidak kira melalui media massa atau di media sosial.

    Misalnya hari ini, saya terbaca satu artikel dalam Media Permata mengenai perubahan iklim yang sudah menjadi kecemasan semua negara dan PBB menyeru tindakan segera menanganinya.

    Negara kitani mungkin kecil tetapi impaknya besar jika sama-sama bertindak menanganinya demi kelangsungan generasi masa depan.

    Saya puji tindakan kecil tetapi berani sesetengah kementerian, bank, organisasi dan syarikat-syarikat yang mengambil berat mengenai langkah untuk memerangi perubahan iklim ini.

    Contohnya, penanaman pokok untuk menggantikan penebangan bagi kawasan komersial, yang acap kali diadakan pada hujung-hujung minggu.

    Gambar Freepik

    Namun saya kira, lebih banyak perlu dilakukan oleh pihak berkenaan dan penduduk di negara ini untuk menangani fenomena iklim ini kerana ia bukan sekadar penanaman pokok, tetapi lebih lagi.

    Antaranya ialah menerapkan amalan 3R iaitu menggurangkan, guna semula dan kitar semula terutamanya bagi meminimumkan penggunaan plastik yang merupakan ‘culprit atau dalang’ pencemaran laut dan tanah.

    Di sini, penggunaan plastik masih tinggi dan usaha untuk menaikkan harga plastik juga menemui sedikit jalan buntu baru-baru ini.

    Untuk itu, pihak terbabit perlu berulang kali memberikan peringatan mengenai keburukan penggunaan plastik sekali guna. Jika boleh, galak syarikat pemula mencipta pengganti bagi plastik terutamanya beg plastik kecil bagi mengelak penggunaan berleluasa.

    Selain itu, kempen pelestarian juga perlu untuk kesedaran orang ramai.

    Ini termasuklah perkara-perkara kecil yang mungkin dianggap remeh bagi sebahagian orang, misalnya jimatkan penggunaan elektrik, air, kurangkan pencemaran kenderaan dan sebagainya.

    Sama-samalah kita mengamalkannya agar generasi akan datang tidak terlalu terbeban dengan masalah perubahan iklim ini.

    Pejuang Iklim

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...