Gibbs-White langgar lockdown

LONDON, 13 MEI – Pemain tengah Wolverhampton Wanderers, Morgan Gibbs-White akan menghadapi tindakan disiplin selepas menjadi pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) terbaharu yang melanggar lockdown pandemik COVID-19.

Gibbs-White, 20, dilihat dalam video Snapchat yang menunjukkan dia menghadiri satu pesta di London bersama peserta dari rancangan televisyen realiti Love Island minggu lalu.

Wolves, yang menyaksikan pemain mereka kembali menjalani latihan terhad pada Isnin, sedang menangani masalah itu secara dalaman, menurut jurucakap.

Gibbs-White berkemungkinan akan dikenakan dengan tindakan disiplin selepas kelab antarabangsa England Bawah-21 sebelumnya menggesa peminat untuk berada di rumah semasa krisis kesihatan.

Dia menulis di Instagram pada bulan Mac: “Tolong menetap di rumah dan keluar jika perlu. Sekarang adalah masa untuk mengasingkan diri, penjarakan sosial dan melakukan apa sahaja untuk menyokong NHS. Mereka tetap bekerja untuk kita – mari kita tetap sentiasa berada di rumah untuk mereka.”

Gibbs-White merupakan seorang lagi pemain EPL yang melanggar perintah itu sejak perlawanan EPL ditunda pada bulan Mac.

Jack Grealish, Moise Kean, Serge Aurier, Moussa Sissoko, Alexandre Lacazette, David Luiz, Nicolas Pepe dan Granit Xhaka merupakan antara pemain yang sebelum ini dilaporkan melanggar pe-rintah berkenaan.

Kyle Walker dari Manchester City juga meminta maaf bulan lalu selepas dilaporkan mengadakan acara di rumahnya secara besar-besaran. – AFP

Morgan Gibbs-White akan menghadapi tindakan disiplin selepas menjadi pemain Liga Perdana Inggeris terbaharu yang melanggar lockdown pandemik COVID-19. – AFP