Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    GIC Asia Tenggara mula beroperasi secara dalam talian

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Kedutaan Jerman di Negara Brunei Darussalam memaklumkan bahawa German Information Centre (GIC) Southeast Asia kini boleh diikuti secara dalam talian.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, kedutaan itu menjelaskan bahawa pusat berkenaan secara fizikal terletak di Kedutaan Jerman di Singapura di mana pusat itu merupakan inisiatif diplomasi awam Federal Foreign Office Jerman yang bermatlamat untuk memberikan pandangan mengenai hal ehwal semasa, dasar-dasar luar dan pelbagai perkara yang menghubungkan orang ramai dan negara di rantau ini dengan Jerman.

    Menerusi pusat itu, ia menjana peluang baharu bagi syarikat permulaan dan penyelesaian bagi masyarakat pintar, menangani perubahan iklim dan mengatasi COVID-19 di mana terdapat pelbagai bidang kerjasama di antara Jerman dan rantau Asia Tenggara untuk bekerjasama bagi membentuk masa hadapan yang lebih baik.

    Pusat itu juga bermatlamat untuk mengongsi maklumat dan perspektif yang merangkumi semangat kerjasama di antara Jerman dengan negara-negara di Asia Tenggara mengenai politik, perniagaan, pendidikan, penyelidikan dan kebudayaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...