Gigi Hadid kini hamil anak Zayn Malik

Model terkenal, Gigi Hadid dilaporkan hamil anak pertama bersama pasangannya Zayn Malik.

Menurut laporan TMZ, ahli keluarga telah mengesahkan perkara tersebut kepada portal hiburan itu.

Keluarga kedua-dua belah pihak juga dilaporkan berasa sangat teruja dengan khabar gembira itu.

Sepanjang tempoh perintah berkurung (lockdown) akibat wabak Covid-19, Zayn tinggal bersama Gigi Hadid dan keluarganya di Pennsylvania.

Pasangan itu dilaporkan kembali bercinta selepas mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan pada Januari 2019.

Gigi, 25, atau nama sebenarnya, Jelena Noura Hadid adalah model Amerika-Palestin, manakala Zayn, 27, atau nama sebenarnya Zain Javadd Malik adalah rakyat Britain berketurunan Pakistan. – Agensi

Gigi Hadid dilaporkan hamil anak Zayn Malik. – Agensi