Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Gigi Hadid restu hubungan cinta Selena Gomez dan Zayn Malik

    Bagai mimpi menjadi realiti, peminat Selena Gomez dan Zayn Malik teruja apabila kedua-dua penyanyi itu dilihat keluar makan bersama baru-baru ini.

    Memetik portal US Magazine, Zayn dilihat bersama Selena sambil berpegang tangan dan bermesraan sambil berjalan di sekitar SoHo di New York City, Amerika Syarikat baru-baru ini.

    Bagaimanapun, Zayn ataupun Selena tidak membuka mulut tentang khabar angin kisah mereka namun saling mengikuti di laman Instagram.

    Susulan daripada khabar itu, bekas kekasih Zayn iaitu Gigi Hadid bagaimanapun dilihat seakan-akan memberikan sokongan kepada pasangan tersebut.

    Menurut sumber yang juga merupakan kenalan kepada model berkenaan, Gigi memberi restu selain berharap Zayn mampu menjadi bapa yang baik untuk anak mereka kelak.

    “Gigi tiada masalah apa pun dengan pasangan Zayn. Selama dia bahagia dan terus menjadi bapa yang baik kepada anak-anak mereka dia baik-baik sahaja untuk pasangan Zayn,” katanya.

    Sebelum ini, Gigi dan Zayn pernah menjalinkan cinta pada tahun 2015 namun berpisah tidak lama selepas itu.

    Namun pada 2020, pasangan berkenaan kembali menjalinkan hubungan mereka dan menimang cahaya mata tidak lama kemudian namun berpisah pada 2021.

    Gigi ketika ini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon, Leonardo Di Caprio. – Agensi

    Hubungan Zayn Malik dan Selena Gomez dapat restu Gigi Hadid. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...