Gigi Hadid tak sabar nak besarkan anak di rumah baharu

Model terkenal antarabangsa Gigi Hadid berkongsi rasa teruja berpindah ke rumah baharu bersama teman lelakinya penyanyi Zayn Malik di New York, Washington, Amerika Syarikat.

Menurut sumber yang ditemu bual Hollywoodlife, Gigi yang sedang hamil empat bulan mengakui dia juga tidak sabar untuk membesarkan anaknya yang bakal lahir tidak lama lagi.

Apartmen yang diubahsuai tersebut bernilai A$5.8 juta terletak di kejiranan NoHo New York.

“Gigi dan Zayn baharu saja berpindah ke apartmen di New York selepas menjalani kuarantin selama beberapa bulan di ladang di Pennsylvania.

“Gigi begitu teruja kerana akhirnya dapat melihat ruang dan rekaan yang telah siap diubahsuai. Dia juga sudah lama merancang rekaan untuk rumah ini,” kata sumber tersebut.

Gigi menghabiskan sebahagian besar tempoh kehamilannya di rumah ladang di Pennsylvania milik keluarganya.

Sejak berkongsi khabar gembira kehamilannya, model tersebut jarang tampil di khalayak ramai dan dikatakan tidak mahu tergesa-gesa untuk kembali ke pentas peragaan. – Agensi

Gigi Hadid berkongsi rasa teruja berpindah ke rumah baharu yang terletak di kejiranan NoHo New York. – Agensi