LONDON, 10 FEB – Seorang lelaki Britain berkata mulutnya melopong selepas pihak berkuasa Sepanyol mengembalikan gigi palsu yang hilang pada malam apabila dia berparti di Benidorm 11 tahun lalu, lapor BBC hari ini.
Paul Bishop, 63, tersalah letak giginya di tempat peranginan popular pada 2011, apabila dia jatuh sakit selepas meminum cider dan muntah dalam tong sampah.
Usaha mencari terbukti sia-sia namun dia berkata ‘amat terkejut’ apabila gigi palsu itu muncul di rumahnya di Stalybridge, berdekatan Manchester, barat laut England.
Ia telah ditemui di tapak pelupusan Sepanyol dan berdasarkan DNA dan alamat daripada rekod Britain, berjaya dihantar menerusi pos ke rumahnya. – AFP