Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Gigi reptilia laut gergasi ditemui di kemuncak Alp

    WASHINGTON, 28 APRIL – Fosil tiga ichthyosaurs – reptilia laut gergasi yang merayau-rayau di lautan asal yang wujud sejak dari awal dunia – telah ditemui di kemuncak Alp Swiss, dan termasuk gigi terbesar yang ditemui untuk spesies berkenaan, menurut satu kajian hari ini.

    Dengan badan berbentuk bujur dan kepala kecil, raksasa prasejarah itu mempunyai berat sehingga 80 tan metrik dan membesar sehingga 20 meter panjang, menjadikannya antara haiwan terbesar pernah hidup.

    Haiwan itu pertama kali muncul 250 juta tahun lalu dalam era Triassic, dan spesies lebih kecil seakan-akan dolfin hidup sehingga 90 juta tahun lalu. Namun ichthyosaur gergasi itu, yang terdiri daripada spesies paling banyak, pupus 200 juta tahun lalu.

    Tidak seperti dinosaur, ichthyisaur jarang meninggalkan sisa fosil, dan ‘sebabnya masih menimbulkan misteri sehingga hari ini,’ kata Martin Sander dari Universiti Bonn, penulis utama kertas dalam Jurnal Paleontologi Vertebra.

    Spesimen berkenaan, wujud sejak 205 juta tahun lalu dalam kajian itu, terbongkar di antara 1976 dan 1990 semasa tinjauan geologi, tetapi hanya dianalisis secara terperinci baru-baru ini.

    Haiwan itu ditemui pada altitud 2,800 meter di Alp. Sepanjang hayat, ketiga-tiganya berenang di perairan sekitar Pangea – namun disebabkan plat tektonik dan lipatan Alp, timbunan fosil terus meningkat. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...