Saturday, November 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Giliran KL, KDA bukti kehebatan di pentas Asia

    KUALA LUMPUR, 22 JUN – Juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur (KL) City FC mempunyai kelebihan besar berbanding naib juara Liga Super musim lepas Kedah Darul Aman (KDA) FC pada kempen Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bermula Jumaat ini.

    Diundi dalam Kumpulan H bersama juara Piala Indonesia 2019, PSM Makassar dan wakil Singapura, Tampines Rovers, KL City yang dibimbing Bojan Hodak memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri apabila kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

    Selepas hanya mencatat dua kemenangan dalam lima aksi terakhir Liga Super, beraksi di hadapan penyokong sendiri ternyata ia amat diperlukan skuad The City Boys dalam menghadapi saingan PSM Makassar pada aksi pembukaan Jumaat ini, sebelum bertemu Tampines Rovers di penghujung Jun nanti.

    PSM Makassar yang dikendalikan Bernardo Tavares selepas kelab itu melalui rombakan besar pemain pada musim lalu, menyaksikan ramai pemain muda diserapkan ke dalam pasukan.

    Sementara itu, aksi menentang Tampines Rovers dijangka memberi cabaran sebenar kepada KL dengan skuad bimbingan Gavin Lee itu berjaya mencatat tiga kemenangan dalam lima perlawanan terakhir Liga Premier Singapura. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda