Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Giliran Russell pamer kehebatan

    MANAMA, 15 MAC – Lapan tahun selepas menghantar e-mel kepada Toto Wolff sebagai remaja berminat mempamerkan kemahiran memandunya, George Russell berpeluang menunjukkan apa yang mampu dilakukan di litar perlumbaan.

    Peluangnya datang pada Ahad depan apabila musim Formula Satu bermula di Bahrain. Kebetulan ia merupakan tempat di mana Russell memandu dengan cemerlang sebagai pengganti kepada Lewis Hamilton pada akhir 2020.

    Kini merupakan rakan sepasukan selepas Russell mengganti Valtteri Bottas di Mercedes dan menjadi gilirannya untuk belajar daripada seorang juara dunia.

    “Ia memberikan inspirasi dan dorongan kepada saya untuk berusaha mencapai tahap yang dicapai Lewis,” kata Russell, 24 tahun.

    Bottas tidak pernah memenangi juara dunia dan jarang memberikan saingan kepada Hamilton. Russell mungkin melakukan lebih baik tetapi keadaan mungkin memainkan peranan.

    Sementara Mercedes berkata pemandu mereka bebas bersaing sesama sendiri, nampaknya logik tugas Russell juga membantu Hamilton merampas balik gelaran yang hampir tewas kepada Max Verstappen pada pusingan terakhir perlumbaan 2021.

    Walaupun Hamilton terlepas kejuaraan kelapan, yang akan menempatkannya di hadapan Michael Schumacher, dia telah lama menjadi inspirasi kepada Russell disebabkan etika kerjanya yang baik.

    “Saya sentiasa berasa kagum seseorang yang begitu berbakat dan berjaya seperti Lewis terus berusaha untuk mencapai tahap yang lebih baik lagi,” kata Russell. “Saya fikir kami boleh bekerja dengan baik bersama untuk memajukan lagi pasukan ini.” – AP

    Russell mengganti Valtteri Bottas di Mercedes dan menjadi gilirannya untuk belajar daripada Lewis Hamilton.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...