Giliran Spurs dimalukan Villa

LONDON, 20 MEI – Persaingan Tottenham untuk merebut tempat ke Liga Europa mengalami tamparan hebat selepas kalah 2-1 menentang Aston Villa semalam dan kemungkinan perlawanan terakhir buat Harry Kane untuk kelab.

Dengan tempat kelima dan keenam berjaya menempah kedudukan di Liga Europa musim depan, Tottenham bergelut untuk memasuki kejohanan itu.

Tempat ketujuh akan membawa masuk ke playoff untuk Liga Persidangan Europa yang baharu.

Tetapi Tottenham terpaksa menunggu hingga perlawanan terakhir musim mereka di Leicester Ahad ini untuk mengetahui nasib mereka ke Eropah selepas kekalahan kedua dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

Kane dinamakan dalam kesebelasan utama Tottenham hanya beberapa hari setelah dilaporkan memberitahu kelab yang beliau mahu tinggalkan kelab.

Kapten England itu berminat untuk terus maju ketika beliau mengejar trofi pertama dalam kariernya, dengan Manchester City, Manchester United dan Paris Saint Germain antara kelab yang dikaitkan dengan penyerang itu.

Seramai 10,000 peminat hadir di Stadium Tottenham Hotspur ketika orang ramai kembali ke stadium secara terhad selepas UK mengurangkan sekatan koronavirus minggu ini.

Penyokong-penyokong dengan cepat menggesa Kane supaya tinggal sambil melaungkan “Harry Kane, beliau adalah milik kita” sebelum perlawanan bermula. – AFP

Aksi Hugo Lloris ketika cuba menepis tendangan Ollie Watkins semasa perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Aston Villa di Stadium Tottenham Hotspur di London, semalam. – AP