Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

‘Gim tidur’ semakin mendapat tempat di UK

BERADA di sebuah katil dan hanya melelapkan mata selama 45 minit, bunyinya tidaklah kedengaran seperti yang anda bayangkan untuk melakukannya di dalam sebuah gim, namun sebuah pusat kecergasan di United Kingdom mendakwa bahawa kelas ‘napercise’ mereka dapat membantu para ibu bapa yang merasa keletihan dalam menangani hidupan seharian mereka yang sentiasa sibuk dengan menyegarkan kembali minda dan badan mereka, malah dapat membakar kalori.

Penemuan terbaru baru-baru ini mendedahkan bahawa terdapat adanya ‘wabak keletihan’ yang merbahaya yang kini beredar di seluruh UK, di mana 86 peratus darpada ibu bapa dilaporkan mengalami keletihan dan 26 peratus mengatakan bahawa mereka hanya dapat tidur kurang daripada lima jam sehari.

Dalam usaha untuk menggalakkan kelebihan tidur itu dan juga meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal seseorang, David Lloyd Club, yang mengendalikan berpuluh-puluh buah gim dan pusat kecergasan di seluruh Eropah, baru-baru ini telah melancarkan ‘kelas napercise’ yang menggalakan orang ramai untuk menutup mata mereka selama 45 minit, bukan melakukan senaman-senaman yang membakar kalori seperti latihan kecergasan tradisional yang terdapat pada masa kini.

Kelas Napercise ini mempunyai sesi regangan lembut selama 15 minit dan sesi tidur dengan nyenyak selama 45 minit. Para peserta akan dibawa ke katil mereka, yang dilengkapi dengan selimut dan topeng mata, dan tidur dengan suasana bunyi ‘atmosfera’ yang menenangkan. Suhu di bilik itu, semasa sesi itu dijalankan, boleh membawa kepada galakkan pembakaran kalori. Jadi anda juga boleh mendapatkan beberapa manfaat sama seperti kelas kecergasan tradisional.

Kelas ‘napercise’ ini dapat membantu para ibu bapa yang berasa keletihan dalam menangani hidupan seharian mereka yang sentiasa sibuk dengan menyegarkan kembali minda dan badan mereka, malah dapat membakar kalori.
Kelas ‘napercise’ ini dapat membantu para ibu bapa yang berasa keletihan dalam menangani hidupan seharian mereka yang sentiasa sibuk dengan menyegarkan kembali minda dan badan mereka, malah dapat membakar kalori.
Kelas Napercise ini mempunyai sesi regangan lembut selama 15 minit dan sesi tidur dengan nyenyak selama 45 minit.
Kelas Napercise ini mempunyai sesi regangan lembut selama 15 minit dan sesi tidur dengan nyenyak selama 45 minit.

“Tidur adalah lebih penting di mana ramai yang tidak menyedarinya,” kata pakar mimpi dan tidur, Kathryn Pinkham, yang membantu membentuk kelas napercise ini. “Kami cenderung untuk memberi tumpuan kepada kesan jangka pendek seperti penat atau kurang tumpuan, tetapi juga memfokuskan untuk jangka panjang demi kesejahteraan fizikal dan mental.

Sebagai tambahan kepada kekurangan tidur, ia boleh membawa kepada risiko kebimbangan atau kemurungan yang lebih tinggi. Apabila kita kurang tidur, kita akan kekurangan tenaga untuk melalukan senaman secara tetap, dan juga fokus pemikiran kita juga akan terganggu dan akhirnya menjejaskan segala keputusan yang dibuat.

Ia boleh memberi kesan negatif dalam kesan kesihatan fizikal kita dalam jangka panjang.”

David Lloyd Club melancarkan kelas napercise terbaru baru-baru ini di Sidcup, Kent sebagai percubaan.

Memandangkan acara ini telah ditempah sepenuhnya, beliau berharap untuk melihat kelas-kelas napercise ini di lokasi lain dalam masa terdekat. Jadi, tidur di dalam gim nampaknya menjadi satu trend pada masa kini.

Artikel sebelum iniWenger terus buru Mbappe
Artikel seterusnyaTingkat prestasi ekonomi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -