Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Gimnas Rusia digantung setahun

    ANKARA, 18 MEI – Gimnas Rusia Ivan Kuliak dikenakan larangan setahun kerana memakai simbol pro-perang pada Piala Dunia 2022, kata badan induk gimnastik dunia itu kelmarin.

    Kuliak dikenakan tindakan itu kerana melanggar peraturan Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) “apabila memakai huruf “Z” semasa Piala Dunia Radas FIG yang berlangsung di Doha pada Mac 2022,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan persekutuan itu.

    Kuliak, 20, juga disingkirkan daripada Piala Dunia Radas FIG Doha, dan FIG mengarahkan atlet itu memulangkan pingat gangsa yang dimenanginya serta memulangkan wang hadiah 500 franc Swiss (AS$501), menurut kenyataan itu.

    Selepas memenangi pingat gangsa dalam acara palang selari, Kuliak muncul di podium dengan pakaian seragam yang mempunyai huruf Z dilekatkan di dadanya, simbol yang digunakan untuk menunjukkan sokongan terhadap perang Rusia ke atas Ukraine. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...