Thursday, December 5, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gincu tertua ditemui di Iran

    Gambar hiasan freepik

    IRAN, 14 FEB – Ahli arkeologi menemukan bekas kecil klorit yang mengandungi penyediaan kosmetik merah tua dipercayai gincu purba, di wilayah Jiroft di tenggara Iran.

              Penemuan yang diterbitkan dalam pelbagai jurnal saintifik itu menunjukkan komponen mineral daripada bahan berwarna kemerahan, termasuk hematit menjadi gelap disebabkan oleh manganit dan braunit, selain kesan kemerah-merahan dan anglesit.

              Bahan-bahan itu, bercampur dengan lilin tumbuh-tumbuhan dan bahan organik lain serta hampir sama dengan resipi gincu kontemporari, lapor agensi berita Iran IRNA.

              Penemuan bertarikh 4,000 tahun itu, menonjolkan pengetahuan canggih orang Iran purba dalam pemprosesan kimia.

              Seorang profesor di Universiti Tehran dan ahli arkeologi yang menyumbang kepada penemuan itu, Dr Nasir Eskandari memberitahu IRNA kajian itu bertujuan untuk mendedahkan peranan perintis orang Iran purba dalam bidang sains kimia.

              Beliau berkata bahan yang ditemukan itu menunjukkan orang Iran adalah pencipta pertama gincu. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda