Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Girl’s Day lancar album mini hujung Mac

    SELEPAS beberapa bulan ditangguhkan, kumpulan Girl’s Day akhirnya sedia untuk kembali ke dunia muzik dengan pelancaran sebuah album mini.

    Menurut laporan dipetik dari koreaboo.com, Girl’s Day akan melancarkan album mini ketujuh mereka pada 27 Mac ini.

    Ketika ini Girl’s Day sedang melakukan persiapan akhir untuk album berkenaan dan dijadual akan melakukan pengambaran muzik video pada 12 Mac. Penerbit lagu-lagu hits seperti Whatta Man, I, dan Married to the Music iaitu Ryan Jhun turut menghasilkan lagu untuk Girl’s Day.

    Syarikat Dream Tea Entertainment berkata selepas sekian lama ahli kumpulan itu akhirnya selesai memilih dan merakam lagu-lagu untuk album baru mereka.

    Ia mengambil masa selama 21 bulan bagi Girl’s Day untuk menghasilkan album ini.

    Jadi rata-rata peminat mengharapkan agar album tersebut mencapai kualiti yang tinggi selari dengan tempoh masa yang lama untuk menghasilkannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda