Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Girls’ Generation bakal buat kemunculan semula

    Kumpulan Girls’ Generation bukan nama asing dalam industri hiburan Korea Selatan.

    Perancangan kumpulan terbabit untuk membuat kemunculan semula selepas beberapa tahun berehat menjadi heboh dan mendapat perhatian peminat.

    Menurut sumber, ahli kumpulan semakin rancak membuat persediaan bagi mempromosikan album ketujuh mereka, Forever 1 pada 8 Ogos depan.

    “Ini merupakan satu perkara yang paling dinantikan setelah kali terakhir album mereka, Holiday Night pada Ogos 2017.

    “Sebanyak 10 buah lagu akan dimuatkan di dalam album itu nanti,” jelas wakil pengurusan, SM Entertainment.

    Kumpulan tersebut dianggotai oleh Teayon, Tiffany, Hyoyeon, Sooyoung, Sunny, Yuri, YoonA dan Seohyun.

    Antara lagu popular mereka ialah Gee, Tell Me Your Wish (Genie) dan Lion Heart. – Agensi

    Peminat tidak sabar menantikan kemunculan semula Girls’ Generation menerusi album terbaharu, Forever 1. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...