Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Girmay lakar kemenangan Giro d’Italia

    PESCARA, ITALI, 18 MEI – Biniam Girmay memenangi peringkat 10 Giro d’Italia kelmarin, mencipta sejarah sebagai penunggang Afrika berkulit hitam pertama memenangi peringkat dalam mana-mana tiga jelajah utama tersebut.

    Pelumba Eritrea berusia 22 tahun itu terbukti terlalu hebat untuk pelumba Belanda, Mathieu van der Poel, yang mengaku kalah selepas persaingan panjang untuk barisan di Jesi.

    Walaupun Chris Froome yang memenangi beberapa aksi jelajah, dilahirkan di Kenya dan Daryl Impey dari Afrika Selatan telah memenangi beberapa peringkat, Girmay merupakan penunggao Afrika berkulit hitam pertama yang melakukannya.

    Sambutan kemenangan Girmay bertukar menjadi huru-hara apabila beliau mengalami kecederaan di bahagian mata semasa meraikan kemenangan di atas podium, menyebabkan beliau menggosok dan menahan kesakitan mata kirinya.

    Beliau kelihatan risau ketika dibawa ke ambulans untuk rawatan walaupun tiada kesan luka pada matanya.

    Beliau sudah meraih lapan kemenangan sejak menjadi penunggang profesional pada 2020. – AFP

    Reaksi pelumba Eritrea, Biniam Girmay Hailu meraikan kejayaan di podium selepas memenangi peringkat ke-10 perlumbaan berbasikal Giro d’Italia 2022 kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...