Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Giroud dahagakan kejayaan Liga Juara-Juara bersama Milan

    MILAN, 10 MEI – Olivier Giroud kelmarin berkata bahawa dia dahagakan kejayaan Eropah menjelang separuh akhir Liga Juara-Juara antara Itali AC Milan dengan Inter Milan.

    Penyerang veteran Perancis, Giroud memenangi pertandingan tersebut bersama Chelsea pada 2021 dan mahu meneruskan musim panas di Milan dengan satu lagi kejayaan selepas memenangi kejuaraan Serie A musim lalu.

    Milan akan melayani pesaing tempatan Inter hari ini dalam perlawanan pertama tempatan terbesar yang pernah dilihat oleh bandar Itali selama hampir dua dekad.

    “Saya lebih bermotivasi daripada sebelumnya. Bagi saya ia merupakan peluang besar untuk memenanginya sekali lagi.

    “Hampir 37 tahun tetapi masih ‘lapar’ akan kemenangan seperti pemain muda,” kata Giroud kepada pemberita.

    “Dalam bola sepak, kita tidak boleh memandang rendah pihak lawan. Saya tahu apa yang saya cakapkan. Di peringkat ini, setiap perlawanan adalah sangat sukar dan dengan perbezaan kecil, butiran kecil, kami boleh memenanginya.”

    Giroud merupakan tonggak penting semasa Milan menjuarai Serie A tahun lalu dan musim ini dia menjaringkan lima gol dalam rekod memberangsangkan pasukannya hingga menuju ke perlawanan pasukan empat terakhir.

    Dia menjaringkan gol penentu yang membawa Milan mara dengan menyingkirkan Napoli, yang minggu lalu merampas gelaran juara Eropah tujuh kali itu sebagai juara Itali. – AFP

    Olivier Giroud semasa sidang media di Pusat Sukan Milanello di Carnago, barat laut Milan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -